Friday, March 16, 2012

semuanya di johor

Assalamualaikum, hii korang

ucapan alhamdulillah dan teramat syukur kerana akhirnya ayu da dapat kerja dan tempat ayu bakal berkhidmat itu adalah di negeri johor darul takzim

kenapa dapat johor nim? johor adalah second choice ayu, first choice mintak kuala lumpur. nak buat macam mana nasib badan tak dapat. tapi syukurlah tak dicampak ke negeri sabah di bawah bayu sebab ramai kawan-kawan ayu yang dapat sana. lau dapat menangis berlagu-lagulah jawabnya

dari timur nim nak sampai JB dalam 12 jam jugak tuh kalau naik bas. aishh, naik kematu jugak lah bontot ayu nim dok dalam bas lelama. aiseyhh, ada tak yang nak buat kerja sukarelawan jadik driver ayu nanti bila ayu nak balik kampung? sumpah ayu menchikk naik bas. compem termuntah-muntah. part muntah nim paling menyampah. gggrrrrr

segala-galanya akan bermula di johor pada 2/4 nim iaitu tarikh ayu akan melaporkan diri. yess, saya akan berkhidmat demi bangsa, agama, dan negara kita yang tercinta. saya sedia membantu *tetiba

buat sayang-sayang saya yang akan saya tinggalkan dalam jangka masa yang lama nih, ingat jauh hanya jarak taw. apa guna ada 3G bagai kalau rindu tak reti nak calling-calling ayu.
buat warga johor, nantikan kedatangan ayu okeyh..

sila tatap pict muka tak cute nih bila rindu ayu nanti =p




thanks kepada yang sudi baca ^_*

Tuesday, March 13, 2012

SEGMEN: Lets Be Friend

Assalamualaikum alls

pagi-pagi lagik ayu da join segment eh? join segment nie setelah di tag oleh cik nad
segment apa tuh? tengok banner bawah nie.

 

segment nie untuk kita berkenalan dengan lebih dengan rakan blogger
jum berkenalan

panggil saya ayu jewp, im 22 y/o
lima benda yang saya paling suka?? 
-novel
-makan
-melancong
-music
-shopping

okeyh la, da kenal kan. jum follow blog ayu, ayu kompem follow kamu balik ^_^
ayu tag mereka ini kim dan ct luna


thanks kepada yang sudi baca ^_*

"segmen: BLOG FOLLOWER"

Assalamualaikum ^_*


nampak banner tu? jum ramai-ramai join segment blog follower nih

ayu memang pantang diajak untuk join segment, bukak langkah lelaju selaluh

tapi bila diajak jewp ayu join taw, lau tak ajak ayu memang malu memang segan nak join *blushing

yang buatkan ayu berminat nak join segment nih pun sebab tarikh start segment ni jatuh pada bufday ayu. wakakaka, tuh yang semangat tuh

okeyla, hepy blogging dear


thanks kepada yang sudi baca ^_*

Friday, March 9, 2012

best friend tak forever

Assalamualaikum

siapa cakap berkawan semestinya ada time susah dan senang? oh tidak, semua itu dusta semata-mata
baru hari ini ayu boleh nilai erti persahabatan yang ada pada seorang kawan

oh, time ko susah ko nak melalak ko carik jewp bahu aku nak landing lentokkan kepala ko. sungguh carik la ayu bila masa sahaja diri ini diperlukan time susah dan senang..prinsip berkawan ayu!

tapi bila ayu nak menumpang kasih hanya meminta sedikit pertolongan ada ko kisah, bila ayu nak mengadu domba tentang kesedihan yang kadangkala ayu tak larat nak menanggung sengsorang ada ko pedulik?

bukan banyak ayu pinta, cukup untuk mendengar luahan isi hati ini. tapi apakan daya ko memang ada time ayu senang ja, time ayu susah ko cabut lari lagi cepat dari lipas kudung berlari

kalau da memang itu prinsip hidup ko dalam berkawan, siapa ayu nak mempertikaikannya. sumpah ayu berasa hati dengan kamu kawanku. lepas ini kalau kamu carik ayu time nak nangis tersedu sedan kalah itik nak menyudu, ayu cuma nak say hi hi bye bye yer kawanku..

tengok muka nim puas-puas. muka nim sentiasa ada time awak susah dan senang taw!



thanks kepada yang sudi baca ^_*

Thursday, March 8, 2012

hidupku jadi tak keruan

Assalamualaikum ^_^

lima hingga sepuluh minit sekali compem ayu akan pegi ngadap laptop. tak lain tak bukan pergi ke link ini

adoyaii, naik ting tong da kepala ayu nih dok ngadap lappy kesayangan nih lama-lama
apa yang di tunggu tak jugak muncul-muncul

nak buat kerja lain rasa tak tenang jewp, resah gelisah suma ada menantikan itu
suka la kan buat ayu tertunggu macam ini, kalau nak tahu menantikan mesej dari enchik buah hati pun tak macam nim tau. kejap-kejap dok belek henpon.. agagaga

dari satu rekod sampai 13 rekod pagi ini, ayu masih lagi setia menanti. siapa suruh kan, ko yang excited terlebih bluwekkk!

takpa, kalau tak keluar jugak hari ini ayu hempuk kepala ayu dengan laptop nim jugak. kita tengok eh ari nih macam mana

p/s: tiga hari tiga malam ayu menunggu, pasrah


thanks kepada yang sudi baca ^_*

Tuesday, March 6, 2012

" SEGMEN AY DAN RR "

Assalamualaikum *_~



ayu join segmen yang dibuat oleh cik amalina yang cute ini setelah dijemput oleh beliau

tak salah kan sebabnya ayu  sangat baru dalam dunia blogger ini. baru kew? sebenarnya da lama bertapak, cuma masa tak mengizinkan untuk menggodek blog macam sekarang. hahaha

tengok tu list follower ayu berapa? ciput ja. tutup mulut jangan gelak sengih-sengih tawla sikit. ekekeke.
yang penting ayu ada motip visi dan misi ayu sendiri dalam dunia blogging iaitu :

---> blog tempat ayu luahkan idea
---> diary kehidupan ayu
---> tambah rakan la kot

p/s: chewahh visi misi bagai. jom pakat join segment ini, sekian



thanks kepada yang sudi baca ^_*

sindrom angau

Assalamualaikum *_~

sekejap-sekejap belek henpon, kenapa fon nim tak berbunyik erk sehari hari ini? dalam hati gundah gulana, rosak kew fon aku nih!

tutt...tutt : paparan skrin 'one message receive'. dup dap dup dap siapa erk yang sudi hantar mesej kat aku? si dia kah? tengok-tengok 'from :23888 ringtone terbaru... shiallll!

ring...ring...ring..angkat la fon, angkat la fon.. terkocoh-kocoh sampai begegar rumah dibuatnya dok berlari dapatkan handphone 'hello, owh kau munah' mood : hampa

makan tak lena, tidur tak kenyang, mandi tak bersabun... mana dia buah hati ku?

bangun pagi tengok picture dia kat wallpaper handphone, nak makan tengok picture dia, tengok tv nampak muka dia, sampaikan ko tengok orang lain pun nampak muka dia. sah ko angau




thanks kepada yang sudi baca ^_*

Sunday, March 4, 2012

Segmen : Tambah Follower Sampai Pening

Assalamualaikum  ^_^


hari tu da join tambah follower sampai pengsan, kali nie sampai pening lak

thanks miss yaya sebab sudi jemput ayu join sekali

berpinar-pinar la mata lepas nie, bulan bintang semua ada

kalau tak bertambah-tambah jugak follower  ayu yang ciput  nih tak tahu laa..huhu

siapa yang sudi follow blog ayu,ayu comfirm akan follow blog korang balik

okai la, hepy blogging dear muahhhh!



thanks kepada yang sudi baca ^_*

Friday, March 2, 2012

tiga hari di tanjung leman

Assalamualaikum rakan blogger  ^_^

curi masa sikit tuk update blog

baru-baru nie ayu ada mengikuti projek majlis belia felda terengganu at tanjung leman, mersing johor selama tiga hari dua malam.

sebab ayu banyak sangat masa free kat umah dan tak ada buat apa-apa nak buat, lebih baik ayu menyibukkan diri dengan aktiviti berfaedah

selama ayu berkursus kat sini, dapat ramai sangat kawan baru dan yang bestnya kursus nie lain dari yang lain.

sebabnya ayu cakap macam tu, kalau kita dengar kursus mesti yang ada dalam fikiran duduk atas kerusi 24 jam dan dengar ceramah bla bla bla kan. tapi yang ini, banyak buat aktiviti sampaikan kursus yang sepatotnya habis kul 10.30, sedar tak sedar pukul 2.00 pagi baru stop

haa, ada lagi walaupun attendant tak diambil, ikut suka hati pedal nak datang ke tak tapi tak ada sorang pun yang monteng. nak cakap rugi sangat lau monteng setiap sesi yang diadakan.

okeyla, jom tengok apa yang ayu buat kat sana selama 3 hari 2 mlm tu

nie orang sebelah kampung jewp, kat sana baru kenal

profesor yang handle kursus nie

peminat nak bergambar..ececece

peminat lagi..perasaan

kat pantai nie tak boleh mandi sebab bendera merah dah dinaikkan


rugi tak naik mr,thomas nie


jadi pengapit sekejap

giliran ayu bersanding, ditepung tawar

weeeeeee

group tiga ayu yang sporting

peminat lagi..wahwahwah

mr.syed.peserta paling top kat sana

ini klon zizan

menyibuk jewp orang sebelah

kami satu matlamat yang sama

p/s: sangat-sangat enjoy, walaupun penat naik van 7 jam ke sana tapi berbaloi



thanks kepada yang sudi baca ^_*

Wednesday, February 29, 2012

kisah cinta sadis di tagged

Assalamualaikum   ^_^

biasa dengar cinta kat facebook jew kan, tapi kali nie cinta kat tagged pulak.



perkenalan si boy dan si gurl bermula di tagged, time tuh facebook tak ada lagi.
si boy hantar pesan kat si girl suruh terima jadi kawan kat tagged
mula-mula tengok picture si boy, si girl terus jatuh hati. begitu juga dengan si boy. dari mata turun ke hati. diam-diam menyulam perasaan

mula-mula berkawan macam biasa main komen-komen dekat picture, tak ada perasaan apa pun
lepas tu kenal lebih dekat lagi kat YM pulak. setiap malam mesti on YM nk chat dengan si boy tu.
ada sekali si boy call melalui YM, katanya nak dengar suara tapi tak dapat nak bercakap sangat sebab tak ada head fon time tuh suara pun dengar tak dengar jewp

sebab susah sangat nak cakap melalui YM si boy ada mintak fon number, senang sikit nak borak katanya
apa lagi, time tuh tengah buhsan buah hati pun tak da, apa salahnya berkawan kan. so, si girl nim pun bagi la

lepas tu, start contact melalui fon. first dapat col dari si boy, rasa nak melompat sebab gembira sangat.
hari-hari terasa lebih indah. lama kelamaan cinta pun berputik. hadiah dikirim dari jauh tanda cinta untuk si boy pada hari lahirnya. sungguh bahagia saat itu 

percaya atau tidak selepas setahun mengenali, si girl dan si boy tak pernah bersua muka. hanya picture yang menjadi tatapan. bukan tak pernah merancang untuk bertemu, tapi masa tidak mengizinkan.

apa yang dapat si girl katakan mengenai si boy nie, dia sangat lain daripada yang lain. jujur si girl katakan yang si boy nie langsung tak romantik. tak pernah pun keluar perkataan i love u seperti pasangan lain selalu ucapkan.

si boy nie sangat baik orangnya, cinta dia sangat ikhlas. dia ikhlas mahu memperisterikan si girl. dia hanya nak bercinta selepas kahwin, tak mahu berdating seperti couple yang lain. dia cemburu melihat rakan seangkatannya hidup bahagia, punya anak. walaupun umur dia masih muda, 22 tahun dia tak kisah berkahwin pada usia muda

takdir Tuhan, kalau jodoh telah tetapkan si boy nie bukan untuk si girl maka tidaklah. diusaha macam manapun, tiada yang dapat menolak kuasa Allah. sayang macam mana sekalipun, si boy ini bukan untuk si girl

hubungan yang disemai telah berakhir hanya dengan sekeping mesej. sungguh, si girl tak berniat tapi ada benda yang menghalang si girl untuk meneruskan hubungan cinta itu. si girl ini selalu mendoakan kebahagiaan si boy nie dari jauh. apa yang terkilan sangat, dari saat perkenalan, bercinta, dan berakhirnya kisah cinta ini si gurl tak pernah berpeluang menatap muka si boy.

p/s: harapan si girl semoga satu hari nanti dapat berjumpa dengan si boy



thanks kepada yang sudi baca ^_*

Monday, February 27, 2012

yang pergi tak kembali,al-fatihah

Assalamualaikum

dapat berita mengejutkan pagi ini
saudara seislam dan sekampung telah pergi menyahut seruan Illahi

sungguh tak sangka seawal usia 28 tahun beliau pergi menghadap sang pencipta kerana menghidap penyakit leukemia. pergi meninggalkan isteri yang baru empat bulan dikahwini

betol la, ajal tak mengira usia tua muda pasti merasa hanya waktu yang menentukan. kita yang masih hidup haruslah perbanyakkan amalan sebagai bekalan untuk dibawa ke alam sana.

p/s: salam takziah untuk keluarga beliau


thanks kepada yang sudi baca ^_*

Sunday, February 26, 2012

nasib si bayi comel

Assalamualaikum  ^_^

hati rasa terpanggil nak menulis pasal buang bayi selepas baca kes buang bayi dalam harian metro semalam

serius, hati rasa tersentap melihat bayi sekecil dan secomel itu dibuang sesuka hati ibarat tiada nilai nyawanya. sungguh-sungguh sentap dengan mereka yang tidak punya hati perut pedal itu

kenapa dibuang? apa nasib bayi comel ini tergamak diperlakukan sedemikian?
kalaupun tidak dipinta dia lahir ke dunia ini, kalaupun tidak mahu ditatang dibelainya bayi comel itu janganla sampai diperlakukan sedemikian rupa. bukan tempat nya di tong sampah, di dalam longkang, di dalam sungai. malahan sanggup membunuhnya. ibu apakah itu?layakkah kamo yang melakukan hal itu dipanggil ibu?




masyaAllah, lihat lah bayi-bayi comel ini

tak sanggup nak melihat si comel sekecil ini begini nasibnya. serius, kepada siapa-siapa yang tak nak bayi kamo jangan la dibuang atau dibunuh, bagi ayu jewp. ayu sanggup menjaganya. biar la ayu besarkan dia daripada dibuang tak beribu berbapa

p/s: sungguh tak bersyukur mereka ini, ramai pasangan yang bertahun-tahun berkahwin tak dikurniakan anak



thanks kepada yang sudi baca ^_*

Saturday, February 25, 2012

menangis,tak perlu malu

Assalamualaikum  hi ^_^

sebelum tu nak tanya dulu siapa kat sini tak pernah menangis? tipu la kan cakap tak pernah menangis. sekurang-kurangnya tup tup korang keluar dari perut mak korang time lahir dulu mesti menangis. kalau tak menangis tu comfirm korang tak normal.

betul kew kalau seseorang itu menangis bermakna dia lembik? sikit-sikit nak menangis korang nim takde kerja lain kew selain menangis? tengok cerita hindustan pun mahu menangis ka?

siapa yang cakap camtu, mari sini ayu bagi penyepak lelaju.
ayu sangat-sangat tidak setuju kalau ada yang beranggapan sedemikian. tengok abang aron aziz ku sayang dalam ombak rindu, ada dia menangis kan? haa, orang hensem+sasa macam tu tak segan silu nak menangis taw bila da sedih. walaupun air mata palsu..huhu.

ada jugak orang nie pelik sikit, bila dia menangis mahu lagi dengar lagu-lagu sedih meruntun jiwa bagi tambah perasaan sedih tu. apa lagi da dengar lagu sedih, kompem la lagi laju air mata mencurah. jadi untuk elak air mata korang penuh satu baldi, dengar la lagu-lagu rock kapak jew time sedih tuh. lagipun takda la mata korang bengkak macam baru kena sengat tebuan sebab menangis bagai orang meroyan

ala, korang kalau dah ada perasaan sedih tu tak payah nak segan silu mengeluarkan air mata la. normal la kan bila da sedih secara automatik air mata akan keluar tanpa dapat ditahan-tahan. itu memang fenomena semulajadi, korang jangan nak risau ia bukan satu penyakit okeyh.

dengan cara menangis ini dapat melepaskan tekanan dan meluahkan semua perasaan sedih yang korang alami taw. kalau tak percaya,selepas menangis ini korang akan rasa lega sesangat. lepas tu tertidow. macam yang ayu selalu buat. haha..kantoi kuat menangis

sesetengah orang kalau menangis, dia tak suka kalau airmata dia dilihat orang. itu ayu. jangan nak gelak! kalau tak mahu orang tahu anda menangis, masuk jew bilik dan dok dediam menangis la sesorang. yang lebih sadisnya, menangis time mandi. sangat-sangat berkesan. menangis la sepuas hati untuk lepas perasaan.

okeyh la, cukup dulu. nah sapu tangan dan tisu untuk korang yang mahu menangis bila baca entry ini..hehe

ada cute macam nie kew bila nangis?

muka macam nak nangis jewp =p


p/s: kali terakhir menangis lepas tengok cerita pelarian semalam




thanks kepada yang sudi baca ^_*

Friday, February 24, 2012

jururawat berdaftar

Assalamualaikum korang  ^_^

nak story dan share tentang benda yang ayu banggakan sangat-sangat walaupun dah lama kawan-kawan seangkatan dengan ayu dok terpekik terlolong pasal benda nih. ayu biasalah delay sikit.hehe

jururawat berdaftar..yer,akhirnya ayu telah diiktiraf sebagai jururawat berdaftar. da boleh berbangga dengan gelaran itu. bukan senang nak dapat taw, tiga tahun ayu dok tunggang terbalik dekat kubang kerian nursing college tuh nak dapat benda ni. macam-macam dilalui suka duka manis masam pahit kelat macam-macam dah rasa.

kalau boleh nak jew ayu bawak pusing sijil nie keliling rumah sambil jerit-jerit yang ayu da dapat lesen sebagai jururawat. reaksi telebih suka tak dapat dikawal jadi la macam tu . huhu

14 02 2012 hari tue ayu terima sijil-sijil nie dihantar oleh encik abang posmen yang ensem tuh. saja puji abang posmen sikit bagi cepat hantarkan surat posting kija ayu pulak..puiii

finally

rindu uniform ni nak pakai sekali dengan line biru atas kepala tu

p/s: doakan ayu cepat-cepat dapat kerja yer, tak sabar nak berkhidmat





thanks kepada yang sudi baca ^_*

Thursday, February 23, 2012

"Segmen : Jom Main Teka-Teki Bersama Cik Zaiey"

Assalamualaikum semua ^_^


try nak jawab teka-teki yg cik zaiey buat,ayu main hentam jew jawapannya

1- budakkeciklariatasjalanwan

2- lipat kecik-kecik,kapit duit rm50 kat tengah-tengah dengan syiling  lepas tu gam guna gam cap gajah

3- 3 biji buah epal,5 biji buah oren,i biji buah tembikai kat tangan kanan,5 biji buah manggis,3 biji buah pisang,2 biji buah kelapa kat tangan kiri

4- alo,mesti la sah

5- buah betik

6- tak tahu,ayu pun tak guna..haha

7- naik jew dulu,dah sampai baru bayar.10 sen lagi hutang

8- tuan punya dompet kulit la

9- kepala air..binatang jew tuh?haha

10- taik ayam dekat kasut kot

11- ada persamaan kew?nak sama jemur jewp telefon tu dgn kain jemuran

12- dengan kapal terbang dia la

13- tebang la,buat nyemak jewp tumbang atas atap naya jewp

14- compen ekor lembu,da pegi ukur

15- taik burung

16- singa herbivor

17- 10-3=7..betol kew ayu kira,pakai calculator dah nim

18- mesti la nak bayar ikut meter kan

19- buang isi la

20- tambah jewla sebiji buah oren lagi,senang citer

p/s: penat otak memikirkan jawapan teka-teki cik zaiey yang banyak nim




thanks kepada yang sudi baca ^_*

segmen:tambah follower sampai pengsan

Assalamualaikum korang ^_^

tengok semua orang sibuk nak tambah follower,ayu pun teringin jugak
maklumlah follower ciput jew hihihi

jom join segmen ini sampai pengsan

p/s: harapan dapat tambah follower

thanks kepada yang sudi baca ^_*

Wednesday, February 22, 2012

keDit uNtuk cik zaiEy

Assalamualaikum,hi there  ^_^

kedit apa ni?kenapa untuk cik zaiey?sebabnya dia sudi tolong ayu edit blog sampai jadi macam sekarang
dulu 'ini blog ayu' buruk jew taw, sebab tak pandai dan tak ada masa nak edit bagi cantik macam blog korang-korang tu

walaupun blog ayu nie da lama wujud tapi tak ada peningkatan langsung dari segi kualiti dan kuantiti
sebab tu la follower pun ciput jew.hikhik
sekarang da ada la perubahan hasil tangan ajaib cik zaiey. tangan ayu?kaku macam kayu.haha

baik hati kan cik zaiey, sanggup buatkan untuk ayu. korang ada macam tuh?kalau ada, dipersilakan

so, sebagai menghargai jasa baik cik zaiey entry ini pun ditaip khas untuk beliau

siapa cik zaiey tu?beliau adalah kawan ayu yang sama-sama study di kubang kerian nursing college dulu

nak jugak tunjuk rupa cik zaiey yang cute tuh
carik-carik dalam folder lama-lama,terjumpa la ini



comel kan cik zaiey

p/s: sayang cik zaiey ketat-ketat


thanks kepada yang sudi baca ^_*

Tuesday, February 21, 2012

kEnciNg maSam

Assalamualaikum,hi korang ^_^

Nak menggeletek pewot korang sikit tengahhari  nie,bagi ada mood sikit

pernah dengar kew kencing masam?biasa kencing manis jew kan?
kalau tak pernah dengar, mari dengar nie


Ada sorang makcik kelantan nih, dia mai HKL nak carik sedara dia eksiden.

Sampai kat HKL dia tanya la sorang nurse kat situ...dalam loghat
kelantan la

 "nak tupe tanyo, mana dio wad kecemase"

 Nurse tu selamba jer jawab....
"wad kencing masam takde....wad kencing manis ader la"....


 Haa, sebenarnya tak ada pun kencing masam tuh.salah faham jew. tu loghat negeri kelantan la.

Moral of the story, kalau nak bagi senang berinteraksi dengan orang ramai kena la pndai cakap loghat negeri lain jugak kan?baru tak ada salah paham

p/s: ayu dok kelate 3 tahun pandai la jugak kecek kelate nih


thanks kepada yang sudi baca ^_*

pEnyak!t egO

Assalamualaikum korang..^ _^

nak luah perasaan sikit pasal sakit hati dengan manusia yang ada sikap ego nie

grrrrrrrr!!

geram sebab kadang-kadang  ayu jew yang selalu kena mengalah 

asyik nak menang dia jew.kalau ikutkan  memang tak salah kalau nak ada sifat ego tuh, tapi biarlah berpada-pada.

lama-lama boleh buat orang muak taw dengan sikap ego kamu tuh.
bukan orang bertambah sayang,bertambah tak suka ada la nanti.

jadi pada yang ada sikap ego tuh kikis la dari sekarang, takut simpan lama-lama nanti makin menjadi pulak.belajar-belajar la bertolak ansur jangan ingat ego kamu jew,orang lain punya ego kamu tak tahu!

okeyh chill ya






thanks kepada yang sudi baca ^_*