sebelum tu nak tanya dulu siapa kat sini tak pernah menangis? tipu la kan cakap tak pernah menangis. sekurang-kurangnya tup tup korang keluar dari perut mak korang time lahir dulu mesti menangis. kalau tak menangis tu comfirm korang tak normal.
betul kew kalau seseorang itu menangis bermakna dia lembik? sikit-sikit nak menangis korang nim takde kerja lain kew selain menangis? tengok cerita hindustan pun mahu menangis ka?
siapa yang cakap camtu, mari sini ayu bagi penyepak lelaju.
ayu sangat-sangat tidak setuju kalau ada yang beranggapan sedemikian. tengok abang aron aziz ku sayang dalam ombak rindu, ada dia menangis kan? haa, orang hensem+sasa macam tu tak segan silu nak menangis taw bila da sedih. walaupun air mata palsu..huhu.
ada jugak orang nie pelik sikit, bila dia menangis mahu lagi dengar lagu-lagu sedih meruntun jiwa bagi tambah perasaan sedih tu. apa lagi da dengar lagu sedih, kompem la lagi laju air mata mencurah. jadi untuk elak air mata korang penuh satu baldi, dengar la lagu-lagu rock kapak jew time sedih tuh. lagipun takda la mata korang bengkak macam baru kena sengat tebuan sebab menangis bagai orang meroyan
ala, korang kalau dah ada perasaan sedih tu tak payah nak segan silu mengeluarkan air mata la. normal la kan bila da sedih secara automatik air mata akan keluar tanpa dapat ditahan-tahan. itu memang fenomena semulajadi, korang jangan nak risau ia bukan satu penyakit okeyh.
dengan cara menangis ini dapat melepaskan tekanan dan meluahkan semua perasaan sedih yang korang alami taw. kalau tak percaya,selepas menangis ini korang akan rasa lega sesangat. lepas tu tertidow. macam yang ayu selalu buat. haha..kantoi kuat menangis
sesetengah orang kalau menangis, dia tak suka kalau airmata dia dilihat orang. itu ayu. jangan nak gelak! kalau tak mahu orang tahu anda menangis, masuk jew bilik dan dok dediam menangis la sesorang. yang lebih sadisnya, menangis time mandi. sangat-sangat berkesan. menangis la sepuas hati untuk lepas perasaan.
okeyh la, cukup dulu. nah sapu tangan dan tisu untuk korang yang mahu menangis bila baca entry ini..hehe
ada cute macam nie kew bila nangis?
muka macam nak nangis jewp =p
p/s: kali terakhir menangis lepas tengok cerita pelarian semalam
No comments:
Post a Comment