Assalamualaikum ^_^
biasa dengar cinta kat facebook jew kan, tapi kali nie cinta kat tagged pulak.
perkenalan si boy dan si gurl bermula di tagged, time tuh facebook tak ada lagi.
si boy hantar pesan kat si girl suruh terima jadi kawan kat tagged
mula-mula tengok picture si boy, si girl terus jatuh hati. begitu juga dengan si boy. dari mata turun ke hati. diam-diam menyulam perasaan
mula-mula berkawan macam biasa main komen-komen dekat picture, tak ada perasaan apa pun
lepas tu kenal lebih dekat lagi kat YM pulak. setiap malam mesti on YM nk chat dengan si boy tu.
ada sekali si boy call melalui YM, katanya nak dengar suara tapi tak dapat nak bercakap sangat sebab tak ada head fon time tuh suara pun dengar tak dengar jewp
sebab susah sangat nak cakap melalui YM si boy ada mintak fon number, senang sikit nak borak katanya
apa lagi, time tuh tengah buhsan buah hati pun tak da, apa salahnya berkawan kan. so, si girl nim pun bagi la
lepas tu, start contact melalui fon. first dapat col dari si boy, rasa nak melompat sebab gembira sangat.
hari-hari terasa lebih indah. lama kelamaan cinta pun berputik. hadiah dikirim dari jauh tanda cinta untuk si boy pada hari lahirnya. sungguh bahagia saat itu
percaya atau tidak selepas setahun mengenali, si girl dan si boy tak pernah bersua muka. hanya picture yang menjadi tatapan. bukan tak pernah merancang untuk bertemu, tapi masa tidak mengizinkan.
apa yang dapat si girl katakan mengenai si boy nie, dia sangat lain daripada yang lain. jujur si girl katakan yang si boy nie langsung tak romantik. tak pernah pun keluar perkataan i love u seperti pasangan lain selalu ucapkan.
si boy nie sangat baik orangnya, cinta dia sangat ikhlas. dia ikhlas mahu memperisterikan si girl. dia hanya nak bercinta selepas kahwin, tak mahu berdating seperti couple yang lain. dia cemburu melihat rakan seangkatannya hidup bahagia, punya anak. walaupun umur dia masih muda, 22 tahun dia tak kisah berkahwin pada usia muda
takdir Tuhan, kalau jodoh telah tetapkan si boy nie bukan untuk si girl maka tidaklah. diusaha macam manapun, tiada yang dapat menolak kuasa Allah. sayang macam mana sekalipun, si boy ini bukan untuk si girl
hubungan yang disemai telah berakhir hanya dengan sekeping mesej. sungguh, si girl tak berniat tapi ada benda yang menghalang si girl untuk meneruskan hubungan cinta itu. si girl ini selalu mendoakan kebahagiaan si boy nie dari jauh. apa yang terkilan sangat, dari saat perkenalan, bercinta, dan berakhirnya kisah cinta ini si gurl tak pernah berpeluang menatap muka si boy.
p/s: harapan si girl semoga satu hari nanti dapat berjumpa dengan si boy
1 comment:
si girl sape?? hang ke?? haha
Post a Comment