Sunday, February 26, 2012

nasib si bayi comel

Assalamualaikum  ^_^

hati rasa terpanggil nak menulis pasal buang bayi selepas baca kes buang bayi dalam harian metro semalam

serius, hati rasa tersentap melihat bayi sekecil dan secomel itu dibuang sesuka hati ibarat tiada nilai nyawanya. sungguh-sungguh sentap dengan mereka yang tidak punya hati perut pedal itu

kenapa dibuang? apa nasib bayi comel ini tergamak diperlakukan sedemikian?
kalaupun tidak dipinta dia lahir ke dunia ini, kalaupun tidak mahu ditatang dibelainya bayi comel itu janganla sampai diperlakukan sedemikian rupa. bukan tempat nya di tong sampah, di dalam longkang, di dalam sungai. malahan sanggup membunuhnya. ibu apakah itu?layakkah kamo yang melakukan hal itu dipanggil ibu?




masyaAllah, lihat lah bayi-bayi comel ini

tak sanggup nak melihat si comel sekecil ini begini nasibnya. serius, kepada siapa-siapa yang tak nak bayi kamo jangan la dibuang atau dibunuh, bagi ayu jewp. ayu sanggup menjaganya. biar la ayu besarkan dia daripada dibuang tak beribu berbapa

p/s: sungguh tak bersyukur mereka ini, ramai pasangan yang bertahun-tahun berkahwin tak dikurniakan anak



thanks kepada yang sudi baca ^_*

1 comment:

Unknown said...

sedih melihat perangai manusia yang tak ada hati perut.sanggup membuang anak.jika ianya lahir dari penzinaan,jangan la ditambah lagi dosa itu.mereka insan2 yang tidak berdosa.kenapa mereka harus menanggung penderitaannya..