Wednesday, February 15, 2012

c!nTai aKu dEnGaN sEAdANya..

Assalamualaikum korang..
Tiba-tiba mari satu macam perasan untuk menulis entry tentang CINTA pada petang yang damai ini.Mungkin mood jiwang-jiwang da datang kot.hehe

Cinta terlalu subjektif untuk dihuraikan kerana aspek cinta ini terlalu meluas.Walaupun apa definisi cinta pada setiap orang,tapi ingatlah cinta yang teragung adalah cinta kepada sang pencipta semata-mata.

Pengalaman bercinta nim tak usah cerita la mesti banyak suka duka kan.Bukan dari pengalaman diri-sendiri saja,tapi melalui pengamatan sekeliling.Tipula kalau nak kata korang tak pernah merasa perasaan bagaimana dicintai dan menyintai.

Indahnya dibuai perasan cinta sehinggakan boleh membuat kita terleka.Cinta takkan datang kalau tak dicari,cinta takkan datang kalau tak memberi.Jika saling memberi dan menerima,maka termeterailah cinta.

Aduh,bisanya ayu bermadah pujangga dalam bab cintan cintun nim kan.Macam la pro sangat tentang cinta nim.haha..Takde lah,kadang-kadang hati tercuit melihat insan yang sedang hangat bercinta.Melihat kemesraan yang dipamerkan,alangkah bahagianya mereka dengan cinta agung mereka

Penat da membobel tentang cinta,cukupla untuk petang ini.Nah,ayu selitkan kata-kata cinta khas untuk korang:

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...

p/s:cintailah pasangan anda dengan seadanya bak kata Stacy..huhu


thanks kepada yang sudi baca ^_*

No comments: