Wednesday, February 29, 2012

kisah cinta sadis di tagged

Assalamualaikum   ^_^

biasa dengar cinta kat facebook jew kan, tapi kali nie cinta kat tagged pulak.



perkenalan si boy dan si gurl bermula di tagged, time tuh facebook tak ada lagi.
si boy hantar pesan kat si girl suruh terima jadi kawan kat tagged
mula-mula tengok picture si boy, si girl terus jatuh hati. begitu juga dengan si boy. dari mata turun ke hati. diam-diam menyulam perasaan

mula-mula berkawan macam biasa main komen-komen dekat picture, tak ada perasaan apa pun
lepas tu kenal lebih dekat lagi kat YM pulak. setiap malam mesti on YM nk chat dengan si boy tu.
ada sekali si boy call melalui YM, katanya nak dengar suara tapi tak dapat nak bercakap sangat sebab tak ada head fon time tuh suara pun dengar tak dengar jewp

sebab susah sangat nak cakap melalui YM si boy ada mintak fon number, senang sikit nak borak katanya
apa lagi, time tuh tengah buhsan buah hati pun tak da, apa salahnya berkawan kan. so, si girl nim pun bagi la

lepas tu, start contact melalui fon. first dapat col dari si boy, rasa nak melompat sebab gembira sangat.
hari-hari terasa lebih indah. lama kelamaan cinta pun berputik. hadiah dikirim dari jauh tanda cinta untuk si boy pada hari lahirnya. sungguh bahagia saat itu 

percaya atau tidak selepas setahun mengenali, si girl dan si boy tak pernah bersua muka. hanya picture yang menjadi tatapan. bukan tak pernah merancang untuk bertemu, tapi masa tidak mengizinkan.

apa yang dapat si girl katakan mengenai si boy nie, dia sangat lain daripada yang lain. jujur si girl katakan yang si boy nie langsung tak romantik. tak pernah pun keluar perkataan i love u seperti pasangan lain selalu ucapkan.

si boy nie sangat baik orangnya, cinta dia sangat ikhlas. dia ikhlas mahu memperisterikan si girl. dia hanya nak bercinta selepas kahwin, tak mahu berdating seperti couple yang lain. dia cemburu melihat rakan seangkatannya hidup bahagia, punya anak. walaupun umur dia masih muda, 22 tahun dia tak kisah berkahwin pada usia muda

takdir Tuhan, kalau jodoh telah tetapkan si boy nie bukan untuk si girl maka tidaklah. diusaha macam manapun, tiada yang dapat menolak kuasa Allah. sayang macam mana sekalipun, si boy ini bukan untuk si girl

hubungan yang disemai telah berakhir hanya dengan sekeping mesej. sungguh, si girl tak berniat tapi ada benda yang menghalang si girl untuk meneruskan hubungan cinta itu. si girl ini selalu mendoakan kebahagiaan si boy nie dari jauh. apa yang terkilan sangat, dari saat perkenalan, bercinta, dan berakhirnya kisah cinta ini si gurl tak pernah berpeluang menatap muka si boy.

p/s: harapan si girl semoga satu hari nanti dapat berjumpa dengan si boy



thanks kepada yang sudi baca ^_*

Monday, February 27, 2012

yang pergi tak kembali,al-fatihah

Assalamualaikum

dapat berita mengejutkan pagi ini
saudara seislam dan sekampung telah pergi menyahut seruan Illahi

sungguh tak sangka seawal usia 28 tahun beliau pergi menghadap sang pencipta kerana menghidap penyakit leukemia. pergi meninggalkan isteri yang baru empat bulan dikahwini

betol la, ajal tak mengira usia tua muda pasti merasa hanya waktu yang menentukan. kita yang masih hidup haruslah perbanyakkan amalan sebagai bekalan untuk dibawa ke alam sana.

p/s: salam takziah untuk keluarga beliau


thanks kepada yang sudi baca ^_*

Sunday, February 26, 2012

nasib si bayi comel

Assalamualaikum  ^_^

hati rasa terpanggil nak menulis pasal buang bayi selepas baca kes buang bayi dalam harian metro semalam

serius, hati rasa tersentap melihat bayi sekecil dan secomel itu dibuang sesuka hati ibarat tiada nilai nyawanya. sungguh-sungguh sentap dengan mereka yang tidak punya hati perut pedal itu

kenapa dibuang? apa nasib bayi comel ini tergamak diperlakukan sedemikian?
kalaupun tidak dipinta dia lahir ke dunia ini, kalaupun tidak mahu ditatang dibelainya bayi comel itu janganla sampai diperlakukan sedemikian rupa. bukan tempat nya di tong sampah, di dalam longkang, di dalam sungai. malahan sanggup membunuhnya. ibu apakah itu?layakkah kamo yang melakukan hal itu dipanggil ibu?




masyaAllah, lihat lah bayi-bayi comel ini

tak sanggup nak melihat si comel sekecil ini begini nasibnya. serius, kepada siapa-siapa yang tak nak bayi kamo jangan la dibuang atau dibunuh, bagi ayu jewp. ayu sanggup menjaganya. biar la ayu besarkan dia daripada dibuang tak beribu berbapa

p/s: sungguh tak bersyukur mereka ini, ramai pasangan yang bertahun-tahun berkahwin tak dikurniakan anak



thanks kepada yang sudi baca ^_*

Saturday, February 25, 2012

menangis,tak perlu malu

Assalamualaikum  hi ^_^

sebelum tu nak tanya dulu siapa kat sini tak pernah menangis? tipu la kan cakap tak pernah menangis. sekurang-kurangnya tup tup korang keluar dari perut mak korang time lahir dulu mesti menangis. kalau tak menangis tu comfirm korang tak normal.

betul kew kalau seseorang itu menangis bermakna dia lembik? sikit-sikit nak menangis korang nim takde kerja lain kew selain menangis? tengok cerita hindustan pun mahu menangis ka?

siapa yang cakap camtu, mari sini ayu bagi penyepak lelaju.
ayu sangat-sangat tidak setuju kalau ada yang beranggapan sedemikian. tengok abang aron aziz ku sayang dalam ombak rindu, ada dia menangis kan? haa, orang hensem+sasa macam tu tak segan silu nak menangis taw bila da sedih. walaupun air mata palsu..huhu.

ada jugak orang nie pelik sikit, bila dia menangis mahu lagi dengar lagu-lagu sedih meruntun jiwa bagi tambah perasaan sedih tu. apa lagi da dengar lagu sedih, kompem la lagi laju air mata mencurah. jadi untuk elak air mata korang penuh satu baldi, dengar la lagu-lagu rock kapak jew time sedih tuh. lagipun takda la mata korang bengkak macam baru kena sengat tebuan sebab menangis bagai orang meroyan

ala, korang kalau dah ada perasaan sedih tu tak payah nak segan silu mengeluarkan air mata la. normal la kan bila da sedih secara automatik air mata akan keluar tanpa dapat ditahan-tahan. itu memang fenomena semulajadi, korang jangan nak risau ia bukan satu penyakit okeyh.

dengan cara menangis ini dapat melepaskan tekanan dan meluahkan semua perasaan sedih yang korang alami taw. kalau tak percaya,selepas menangis ini korang akan rasa lega sesangat. lepas tu tertidow. macam yang ayu selalu buat. haha..kantoi kuat menangis

sesetengah orang kalau menangis, dia tak suka kalau airmata dia dilihat orang. itu ayu. jangan nak gelak! kalau tak mahu orang tahu anda menangis, masuk jew bilik dan dok dediam menangis la sesorang. yang lebih sadisnya, menangis time mandi. sangat-sangat berkesan. menangis la sepuas hati untuk lepas perasaan.

okeyh la, cukup dulu. nah sapu tangan dan tisu untuk korang yang mahu menangis bila baca entry ini..hehe

ada cute macam nie kew bila nangis?

muka macam nak nangis jewp =p


p/s: kali terakhir menangis lepas tengok cerita pelarian semalam




thanks kepada yang sudi baca ^_*

Friday, February 24, 2012

jururawat berdaftar

Assalamualaikum korang  ^_^

nak story dan share tentang benda yang ayu banggakan sangat-sangat walaupun dah lama kawan-kawan seangkatan dengan ayu dok terpekik terlolong pasal benda nih. ayu biasalah delay sikit.hehe

jururawat berdaftar..yer,akhirnya ayu telah diiktiraf sebagai jururawat berdaftar. da boleh berbangga dengan gelaran itu. bukan senang nak dapat taw, tiga tahun ayu dok tunggang terbalik dekat kubang kerian nursing college tuh nak dapat benda ni. macam-macam dilalui suka duka manis masam pahit kelat macam-macam dah rasa.

kalau boleh nak jew ayu bawak pusing sijil nie keliling rumah sambil jerit-jerit yang ayu da dapat lesen sebagai jururawat. reaksi telebih suka tak dapat dikawal jadi la macam tu . huhu

14 02 2012 hari tue ayu terima sijil-sijil nie dihantar oleh encik abang posmen yang ensem tuh. saja puji abang posmen sikit bagi cepat hantarkan surat posting kija ayu pulak..puiii

finally

rindu uniform ni nak pakai sekali dengan line biru atas kepala tu

p/s: doakan ayu cepat-cepat dapat kerja yer, tak sabar nak berkhidmat





thanks kepada yang sudi baca ^_*

Thursday, February 23, 2012

"Segmen : Jom Main Teka-Teki Bersama Cik Zaiey"

Assalamualaikum semua ^_^


try nak jawab teka-teki yg cik zaiey buat,ayu main hentam jew jawapannya

1- budakkeciklariatasjalanwan

2- lipat kecik-kecik,kapit duit rm50 kat tengah-tengah dengan syiling  lepas tu gam guna gam cap gajah

3- 3 biji buah epal,5 biji buah oren,i biji buah tembikai kat tangan kanan,5 biji buah manggis,3 biji buah pisang,2 biji buah kelapa kat tangan kiri

4- alo,mesti la sah

5- buah betik

6- tak tahu,ayu pun tak guna..haha

7- naik jew dulu,dah sampai baru bayar.10 sen lagi hutang

8- tuan punya dompet kulit la

9- kepala air..binatang jew tuh?haha

10- taik ayam dekat kasut kot

11- ada persamaan kew?nak sama jemur jewp telefon tu dgn kain jemuran

12- dengan kapal terbang dia la

13- tebang la,buat nyemak jewp tumbang atas atap naya jewp

14- compen ekor lembu,da pegi ukur

15- taik burung

16- singa herbivor

17- 10-3=7..betol kew ayu kira,pakai calculator dah nim

18- mesti la nak bayar ikut meter kan

19- buang isi la

20- tambah jewla sebiji buah oren lagi,senang citer

p/s: penat otak memikirkan jawapan teka-teki cik zaiey yang banyak nim




thanks kepada yang sudi baca ^_*

segmen:tambah follower sampai pengsan

Assalamualaikum korang ^_^

tengok semua orang sibuk nak tambah follower,ayu pun teringin jugak
maklumlah follower ciput jew hihihi

jom join segmen ini sampai pengsan

p/s: harapan dapat tambah follower

thanks kepada yang sudi baca ^_*

Wednesday, February 22, 2012

keDit uNtuk cik zaiEy

Assalamualaikum,hi there  ^_^

kedit apa ni?kenapa untuk cik zaiey?sebabnya dia sudi tolong ayu edit blog sampai jadi macam sekarang
dulu 'ini blog ayu' buruk jew taw, sebab tak pandai dan tak ada masa nak edit bagi cantik macam blog korang-korang tu

walaupun blog ayu nie da lama wujud tapi tak ada peningkatan langsung dari segi kualiti dan kuantiti
sebab tu la follower pun ciput jew.hikhik
sekarang da ada la perubahan hasil tangan ajaib cik zaiey. tangan ayu?kaku macam kayu.haha

baik hati kan cik zaiey, sanggup buatkan untuk ayu. korang ada macam tuh?kalau ada, dipersilakan

so, sebagai menghargai jasa baik cik zaiey entry ini pun ditaip khas untuk beliau

siapa cik zaiey tu?beliau adalah kawan ayu yang sama-sama study di kubang kerian nursing college dulu

nak jugak tunjuk rupa cik zaiey yang cute tuh
carik-carik dalam folder lama-lama,terjumpa la ini



comel kan cik zaiey

p/s: sayang cik zaiey ketat-ketat


thanks kepada yang sudi baca ^_*

Tuesday, February 21, 2012

kEnciNg maSam

Assalamualaikum,hi korang ^_^

Nak menggeletek pewot korang sikit tengahhari  nie,bagi ada mood sikit

pernah dengar kew kencing masam?biasa kencing manis jew kan?
kalau tak pernah dengar, mari dengar nie


Ada sorang makcik kelantan nih, dia mai HKL nak carik sedara dia eksiden.

Sampai kat HKL dia tanya la sorang nurse kat situ...dalam loghat
kelantan la

 "nak tupe tanyo, mana dio wad kecemase"

 Nurse tu selamba jer jawab....
"wad kencing masam takde....wad kencing manis ader la"....


 Haa, sebenarnya tak ada pun kencing masam tuh.salah faham jew. tu loghat negeri kelantan la.

Moral of the story, kalau nak bagi senang berinteraksi dengan orang ramai kena la pndai cakap loghat negeri lain jugak kan?baru tak ada salah paham

p/s: ayu dok kelate 3 tahun pandai la jugak kecek kelate nih


thanks kepada yang sudi baca ^_*

pEnyak!t egO

Assalamualaikum korang..^ _^

nak luah perasaan sikit pasal sakit hati dengan manusia yang ada sikap ego nie

grrrrrrrr!!

geram sebab kadang-kadang  ayu jew yang selalu kena mengalah 

asyik nak menang dia jew.kalau ikutkan  memang tak salah kalau nak ada sifat ego tuh, tapi biarlah berpada-pada.

lama-lama boleh buat orang muak taw dengan sikap ego kamu tuh.
bukan orang bertambah sayang,bertambah tak suka ada la nanti.

jadi pada yang ada sikap ego tuh kikis la dari sekarang, takut simpan lama-lama nanti makin menjadi pulak.belajar-belajar la bertolak ansur jangan ingat ego kamu jew,orang lain punya ego kamu tak tahu!

okeyh chill ya






thanks kepada yang sudi baca ^_*

Monday, February 20, 2012

SEGMEN: Jom Blogwalking + Follow


Assalamualaikum sumer


saja join segmen nim buat tambah rakan blogger..
jom sama-sama tambah follower,just klik kat banner tu.
okeyh,chill  ^_^


thanks kepada yang sudi baca ^_*

Saturday, February 18, 2012

eNgaGemenT daY 17/02/2012

Assalamualaikum korang..

Pembetulan..bukan ayu yang tunang,bukan ayu!Sapa la memandai cakap yang ayu tunang nim haa?Sampai BFF ayu hantar mesej kat ayu tanya betul kew samaada yang ayu da tunang?Alahai,takkanla kejam sangat ayu tak gitaw orang-orang tersayang dalam hidup ayu tentang hari bahagia ayu.

Mungkin ada yang tersilap paham kot sebabnya majlis nim diadakan kat rumah ayu,so tu yang kompius tuh kan.sowie la kawan-kawan sumer yang ucap congrats kat ayu tuh,ayu masih lagi single but not avalaible..muahaha.Okeyla,jum tengok siapa yang bertunang sebenarnya..






ambik berkat,insyaallah tak tahu bila.wakaka

p/s:selamat bertunang buat my cousin zira dan fizi




thanks kepada yang sudi baca ^_*

hargai dia sebelum terlambat


Assalamualaikum alls..

Nak kongsi satu cerita yang ayu baca,kisah cinta yang agak touching jugak la bisa meruntun jiwa mengalir air mata baca love story nim.ayu pun tak tahu mana dapat story nie,belek-belek folder ada jadi baca jewpla.kalau ada mengena dengan sesapa tuh,sowy ea ayu share cerita korang ^ ^

Name aku Amir.. Aku de sorg awek.. Sorg??? huhu.. Awek aku ni mmg lawa giler r!! Sbb die lawa tu r aku ngn membe2 aku berebut.. Nasib aku baik la, aku dpt jugak die....memandangkan aku ni pun kategori org yg handsome.. hahaha..
OOPS! lupe! Name awek aku ni Nadia.. Kitorg x same kampung tp satu sekolah.. Satu hari ni aku dpt twrn smbung blajar kt satu IPTA ni.. Awek aku pn dpt.. Alhamdulillah result SPM kitorg cemerlang walaupun aku pun x percaye boleh dpt 7A.. Hahaha.. Tp mmg giler r.. Walaupun kos yg ditawarkn same, tp aku terlambung kt utara n die lak kt Selatan..

Die ni kuat jeles tu jgn ckp laa.. hidup aku dia yg aturkan.. selama aku satu sekolah dulu, jgn hrp la aku nk kuwa ngn membe2 perempuan aku.. Jgnkn kuwa same, pndg pun x boleh.. Kdg2 aku rimas jugak ngn die.. T aku ckp byk ngn die, mau die marah2 then merajuk.. Benci tul aku.. Aku tau die sygggg sgt2 kt aku. Aku tau die mmg x lyn mane2 lelaki yg cube usyar line die.. Kdg2 aku bengang jugak if ade lelaki yg hntr2 msj kt die walaupun die x reply..

Tp sebenarnye aku ade sorokkan sumthing drp die.. Disebabkan kitorg pun da terpisah jauh, aku mule la nk test market kt utara ni.. Jahatkn? Aku rase bebas!!! Aku pn rase die mcm tu jgk kot.. Yelah, die kn lawa.. Msti r ramai jantan usyar die.. Disebabkan aku nk menutup perasaan prasangka yg buruk2 tu, aku mula r berkawan ngn ramai perempuan kat sini.. Setiap kali org tanye status aku, mesti aku jwb aku single.. Aku selalu kuwa ngn member2 perempuan aku kat sini.. Mmg lagak cm org single.. Aku selalu teringatkan die time aku tgh berfoya2.. Bile wktu mlm sebelum tidur, msti die yg call aku.. Aku? Kdg2 kot.. Tp aku syg sgt kt die.. Aku ckp kt die, membe2 aku kt sini semuanye jantan.. Die ckp die pun same.. Sebelum kitorg end call mst die cerita2 kenangan kami bersama.. Die selalu ckp, "kalau sy da x de baru awk leh gatal dgn perempuan lain".. Kdg2 aku mrh die sbb die ckp yg bukan2 walaupun hakikatnya aku mmg da menggatal da pun.. Kdg2 aku selalu jgk create pergaduhan ngn die.. byk kali die nangis time gaduh2 ngn aku.. pernah tu aku tertengking dia.. kesian die......... 

"SAYA SAYANG AWAK! SAYA NAK AWAK!"
Tibe2 aku terkejut drp lamunan.. Rupa2nye member perempuan aku, Tiqah.. Aku pn dgn bangang aku terima..
Mase duit PTPTN kuwa, aku beli sebijik henpon lg. Satu henpon khas tok msj Nadia, satu g utk Tiqah.. Dlm tempoh aku belajar kt sini, mcm2 tipu aku wat.. Aku tipu dua2 perempuan tu.. Tp hati aku tetap sygkn Nadia.. Mungkin sbb jauh, perasaan tu kdg2 bercampur.. Tiqah pn mcm Nadia.. Sejak aku couple ngn minah ni, aku dah x kuwa ngn member2 perempuan lain.. semuanya kembali mcm mase aku ngan Nadia dulu.. Aku terasa bersalah sgt.. Tp dlm mase yg same aku just nk hilangkan perasaan bosan sorg2 kat sini.. "Kalau la Nadia tau.." Kdg2 aku terfikir nk berterus-terang.. Tp aku x berani.. Kalau dulu aku tidur pukul 1.30, sekarang ni pkul 3.30 kdg2 pkul 4.. Yelah sbb nk gayut dgn dua2.. Semua org x tahu siapa aku sebenarnya walaupun roomate aku sendiri.. Setiap kali aku balik kampung, Nadia x balik.. Yelah.. U dgn sekolah mane same.. Cuti lain2.. Cume ade sekali tu kitorg dpt cuti same2.. Cuti raye kn.. Time aku jumpa ngn Nadia, aku sorokkan henpon satu lg tu kat rumah.. Nadia makin lawa! Berseri2.. Mane2 lelaki tgok gerenti r cair ni.. Nadia ckp cinta die hanya utk aku.. Selama die berpisah dgn aku, die semakin rindu, semakin syg n cintakn aku.. Utk hilang rase camtu, die habiskan mase dgn belajar.. Kdg2 die ckp belajar smpai tau2 da mlm.. Die happy sbb hati aku masih x berubah utk dia sorang.. ERR! aku terasa bersalah sgt.. "Kalau sy da x de, baru awk leh gatal dgn perempuan len tau!" ckp die sambil tergelak2.. Perkataan tu da berjuta kali kot die sebut.. Aku tgok muke die yg lembut tu.. Die bersuara, kalau habis belajar, die nk aku ikat die sebagai tunang.. Pastu die nk kami kerja, kumpul duit byk2 n kahwin then sambung belajar lg.. Beria2 die menceritakan impian die kt aku...

Permainan aku berlarutan sehingga sem yg ke 4...
Pada satu hari ni aku g makan ngn Tiqah mcm biasa... Heboh kampus aku jd tuan rumah untuk satu pertandingan perbahasan antara IPTA. Kebetulan hari ni ulangtahun ke 3 aku ngan Nadia.. Mcm biase aku g mkn ngn Tiqah kt cafe.. Mase Tiqah tgh ambil lauk, aku terniat hati nk cek msj die.. Terhenti jantung aku, berlambak2 msj sorang jantan yg bersayang2 kt  inbox dia.. Aku pn angin r.. Mase Tiqah duduk, aku soal2 dia smpai menangis minah tu.. Sebelum ni x terniat pulak aku nk cek.. Tiqah ckp die ttp sygkn aku.. Aku pun mula terfikirkn Nadia.. Tibe2 ade sekumpulan awek dtg kat meja aku time2 gini la pulak.. X lame pastu aku nmpk Nadia.. Aku menelan air liur..  Rupe2nye, Nadia ambil bahagian dalam pertandingan tu.. Bila Tiqah nmpk ramai2 awek tu dtg kt aku, pelik r die.. N dgn kuasa Allah, semua terbongkar pada saat tu.. N Tiqah sendiri mengaku yg dielah awek aku kt depan Nadia.. Aku tgok Nadia menangis.. Die x bercakap sepatah haram perkataan pun.. Cume die berikan aku sekotak hadiah ulangtahun kami sebelum dia tinggalkn aku.. Aku terus putuskan hubungan aku ngn Tiqah.. Mase aku balik hostel, puas aku call Nadia.. Aku hntr msj berlambak2 kt die.. die x reply pn... Aku sedar, die dah benci aku..

Rupanya Nadia masih menerima aku.. Aku happy sgt2.. Aku berjanji x nk kecewakn die lg.. 2 minggu kejadian itu berlalu.. Org2 sekeliling aku mula menjauhkan diri daripada aku.. Nk2 yg member2 perempuan aku la.. Aku dah x kesah da.. Aku dah berubah.. Aku cuma nk dapatkn keputusan yg cemerlang sampai time akhir sem nanti. Aku nk dptkn kerja baik2.. Apa2 pun aku nk ikat Nadia dulu.. Kdg2 aku berasa malu sgt kt Nadia nk2 bila teringatkn mak ayah dia.. Nasib baik die x pergi report kat mak n ayah dia.. hehe.. Dlm tgh syok2 berangan sambil membelek2 kemeja baru hadiah ulangtahun daripadanya mase hari kejadian tu, tibe2 aku dpt msj drpd member Nadia.. "Nadia eksiden!" Ermm.. Hati aku tibe2 jd x sedap.. Msj kedua drp member die smpai lg.. Terasa panas muka aku bile bace msj tu.. "Nadia da X DE.. Die kne langgar ngan kereta mase lintas jln.." Mcm org gila pas aku bace msj tu.. Aku ambil keputusan balik kejap kampung walaupun terpaksa ponteng kelas..

Aku rase kosong.. Kosong sgt.. Teringat gelak tawa die, teringat suara die, muke die yg lawa tu.. Aku menangis dlm bas.. Aku x peduli ngn org2 yg pndg aku.. Kali ni aku betul2 menyalahkan diri aku.. Semua kenangan aku ngan Nadia bermain dlm kepala aku.. Aku xmampu menahan perasaan sedih ni.. Berulang kali aku bace msj terakhir Nadia mlm td.. "Awk, sy nk tido.. Mcm biase, sy sygkn awk utk selamanye walaupun awk da lukekn ati sy, sy maafkn... Tp ingat! Kalau sy x de baru awk leh gatal ngn perempuan len tau! Hehe.. Nk mrh la tu.. Sy leb awk! Sweet dreamz.."  Ya Allah! Kuatkn hatiku ni.. Semasa aku sampai, jenazahnya belum tiba lagi.. Ye.. Aku pun terus mencoretkan kisah ini.. Semoga menjadi pengajaran kt korang.. Air mata aku berguguran sepanjang mencoretkan kisah ni.. Tapi  aku tau, Nadia x kn kembali da.. X de lg msj Nadia, panggilan Nadia.. X de dah ungkapan "kalau sy x de" tu dah..

Teman2.. Aku mintak sedekahkanlah fatihah utk nya.. Mungkin ada yg memperlekehkn kisah aku ni.. Tp bg aku, inilah kisah yg plg bermakna utk aku.. Utk selamanya aku menyayangi kau, Nurul Nadia bt Zainarruddin..
Mungkin kejap lagi jenazahnya tiba.. Aku nk bersiap2 utk beri penghormatan terakhir buat die yg aku sygi.. Sememangnya cinta die utk aku shgga akhir nafasnya... Aku mampu merelakan pemergiannya... Tabahkn hatiku Ya Allah.... -Al Fatihah.....

 p/s:amacam,sedih tak?kalau sedih silakan menangis yer..


thanks kepada yang sudi baca ^_*

Wednesday, February 15, 2012

aKu mAs!H LaG! mEnganGgur

15/02/2012
Assalamualaikum semua..Haa,tarikh keramat ap tue ayu??
Tarikh nim menunjukkan bahawa da cukup 2 bulan ayu jadi penganggur kat umah nim.Diulangi penganggur..uwaaaaaaa,sob sob.~

Sampai bila nim ayu nak dok menganggur macam nim?Hari-hari ayu dok tunggu encik abang ensem posmen datang hantarkan surat chinta tuk ayu.Surat posting kija laa.hahaha.Oh abang posmen,datang la cepat-cepat hantarkan surat posting ku,ku seru nama mu nih!

Adoii,bowing da ayu duduk rumah taw.Hari-hari buat benda sama jewp.Ayu rasa kan bila ayu da dipanggil kerja nanti,satu apa pun ayu da lupa.Da berkarat dah kepala hotak nim,nak kena asah balik la.Kalau mood rajin ayu nak membaca datang,time tulah baru ayu rajin dok belek nota-nota yang lama-lama huh.

Tapi kan dalam bosan-bosan ayu dok habiskan beras mak ayu kat umah nim,ayu ambik peluang dok conteng-conteng blog ayu firdaus nie jela.Ada la jugak penambahbaikan blog ayu nim dari yang lama.Blog nim ayu da ambik penyapu,berus untuk sapu-sapu habuk kat blog ayu yang da berhabuk nih..wakakaka
Kepada siapa-siapa yang sudi datang jengah blog ayu nih,maapla blog ayu tak seperti blog orang lain yang cantik-cantik sebabnya tuan blog nim sendiri tak cantik jugak.haha
comot momot kan empunya blog nim ^_^

Okeylah,ayu chow dulu korang,da penat membobel..

thanks kepada yang sudi baca ^_*

c!nTai aKu dEnGaN sEAdANya..

Assalamualaikum korang..
Tiba-tiba mari satu macam perasan untuk menulis entry tentang CINTA pada petang yang damai ini.Mungkin mood jiwang-jiwang da datang kot.hehe

Cinta terlalu subjektif untuk dihuraikan kerana aspek cinta ini terlalu meluas.Walaupun apa definisi cinta pada setiap orang,tapi ingatlah cinta yang teragung adalah cinta kepada sang pencipta semata-mata.

Pengalaman bercinta nim tak usah cerita la mesti banyak suka duka kan.Bukan dari pengalaman diri-sendiri saja,tapi melalui pengamatan sekeliling.Tipula kalau nak kata korang tak pernah merasa perasaan bagaimana dicintai dan menyintai.

Indahnya dibuai perasan cinta sehinggakan boleh membuat kita terleka.Cinta takkan datang kalau tak dicari,cinta takkan datang kalau tak memberi.Jika saling memberi dan menerima,maka termeterailah cinta.

Aduh,bisanya ayu bermadah pujangga dalam bab cintan cintun nim kan.Macam la pro sangat tentang cinta nim.haha..Takde lah,kadang-kadang hati tercuit melihat insan yang sedang hangat bercinta.Melihat kemesraan yang dipamerkan,alangkah bahagianya mereka dengan cinta agung mereka

Penat da membobel tentang cinta,cukupla untuk petang ini.Nah,ayu selitkan kata-kata cinta khas untuk korang:

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...

p/s:cintailah pasangan anda dengan seadanya bak kata Stacy..huhu


thanks kepada yang sudi baca ^_*

Monday, February 13, 2012

wedding planner??

Assalamualaikum,hye everybody..
Siapa yang nak kahwin tue??Nak tergelak pun ada sebab ramai yang dok tanya hang da nak kahwin da kew ayu oii?

Wah,wah bukan main lagi cakap ayu nak kahwin noh.mana ada,sebenarnya ramai yang bagi soklan cepumas cam gitu kat ayu sebabnya ayu cibuk dok usha butik-butik pengantin kat facebook nie.tambahan lagi,butik-butik pengantin tu suma yang dok sibuk nak add ayu,bukan ayu yang carik depa semua.(perasan la ko)

Nak tahu kenapa ayu menyibukkan diri dengan kerja-kerja nim,ala ayu kan merangkap wedding planner akak ayu yang sorang tue yang bakal menamatkan zaman daranya pada bulan 24.8.2012 nie.jadik ayu usha lar  pelamin-pelamin cantik yang ada.siapa-siapa yg tahu butik kat area kuala berang nim yang menawarkan pakej pengantin yang murah dan cantik boleh la suggest kan untuk ayu yer.
Okeyla sumer,jum layan pict akak ayu semasa hari engagementnya hari tue..l~

 hantaran dari kedua-dua belah pihak

thanks kepada yang sudi baca ^_*